Pages

Belajar elok-elok dari cik tebu ni


Salam mesra alam...

Hmm, hari ni nak cerita sikit tentang.... TEBU
Apa itu tebu?
Tebu ni sebenarnya keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan cecair tu. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India, maksudnya dah lama manusia manfaatkan tebu ni. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam (tapi macam tak pernah nampak kat Malaysia nih yang kaler hitam).

Ok, biasanya tebu ni tumbuh dan membiak di kawasan yang kering. Tak macam kebanyakan pokok lain, contohnya padi yang sangat perlu pada kondisi tanah yang berair setiap masa. Fizikal tebu, macam yang dah tertulis kat atas tadi, batangnya sangatlah plain dan sederhana tapi still batangnya yang lurus tu ada manfaatnya sebab dalam tu ada sari gula. Tebu juga sangat tahan pada ujian seperti kadar cahaya dan cuaca, kalau cuaca tu berubah sikit-sikit tak jadi masalah besar, masih boleh teruskan hidup. Lagi satu, tebu ni matang bermula pada yang dasar, paling hampir dengan akar. bahagian yang matang ni pula sememangnya lebih manis dan sedap. Bahagian yang matang ini juga akan mematangkan bahagian yang lain, yang muda-muda la dan tak pula bahagian yang matang ni merosakkan bahagian lain. Tebu ni ada banyak kegunaan, untruk buat gula, air, makanan berkhasiat untuk lembu, bahan api dan macam-macam lagi.

Jadi, apa yang boleh kita belajar dari cik tebu?

1) Jangan jadi cerewet, tapi cuba syukuri setiap apa yang ada. Jadikan halangan sebagai cabaran bukannya ancaman.
2)Sederhana dalam segalanya.
3)Berilah manfaat pada orang lain sebab hidup ni untuk memberi.
4)Kita perlu jalankan amanah untuk perbaiki diri dan orang lain. Kita kena cuba bentuk masyarakat, terutama generasi baru dan bukan hancurkan generasi baru ni dengan budaya tak islami.
5)Rupa luaran bukan ukuran utama, yang penting hati sebab hati ni adalah raja badan.

Lastly, dalam setiap apa yang kita jalani dalam hidup ni kita ambil sebagai pengajaran.
Tiada apa yang Allah cipta di dunia adalah sia-sia.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" 3:190

Wallahualam
Salam untuk semua
......
......
.....
.....
......

Sepi, sepi dan sepi
Blog ni dah lama menyepi.
Tak ada post baru pun, takde cerita tentang kembara ke Jawa ataupun cerita-cerita lain...
Duduk di rumah memang sangat berbeza berbanding masa ikut program R2J dulu.
Sepi dan rindu pada kawan-kawan, pada orang-orang Jawa...
Tapi terubat sikit bila tetap dapat jumpa dan berhubung
Jumpa kat sekolah, jumpa masa ambil result, jumpa time usrah, jumpa time meeting..
Boleh sms, facebook,mail,call (dunia kan dah maju)
Hati pun rasa sepi, tengah mencari kekuatan baru untuk hidupkan ia kembali.
Sebab rasa sangatlah rugi kehidupan orang yang sepi ni, terutama hidup yang sepi oleh sebab tak ingat Tuhan dan tak sempurnakan tugas sebagai hambaNya..

Ya Allah, bantulah hambamu ini menghilangkan kesepian.
Paling rasa takut kalau hidup sepi dari rahmat dan keredhaan Allah. Sebabnya, rahmat dan redha Allah tu adalah cahaya dalam kegelapan...
Saat ini sedang sangat mencuba mengubati kesepian ini.
Alhamdulillah, ada teman, famili yang sentiasa membantu, beri sinar harapan..
Moga aja kesepian ini hilang segera, tak apa sepi hanya sementara.
Sepi itu satu ujian dan harus cuba untuk atasinya.
Dalam kesepian ini, tiba-tiba pulak teringat lagu ni..

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Allah pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Hilanglah sepi dan datanglah cahaya
Aku berharap pada cahayaMu,
setiap masa dan ketika....