Pages


Ukhuwwah ialah harta dunia
yang berkekalan hingga akhirat jika didasari iman


Bismillah, moga terselit keberkatan dalam post ni.

Teringat masa sekolah dulu2, bangun pagi, gosok gigi guna kodomo lion and so on sampailah menjejakkan kaki kat sekolah. Rasanya orang yang kita jumpa dulu ialah kawan kita, lepas kita terserempak dgn pak guard kat pondok jaga tu la. Memang hari-hari kita dikelilingi oleh manusia yang pelbagai ragam dan yang bestnya kalau manusia tu ialah kawan kita. Boleh ajak sembang, belajar sama2, belanja kita makan, memang seronok la!

Tapi kawan tu macam mana eh? Ada orang kata kawan tu ialah orang yang selalu support kita, orang lain pulak kata kawan tu orang yang selalu dengan kita tapi tapi sahabat yang sebenar ialah yang berani membetulkan kita. Kalau kita buat baik, dia akan sokong dan kalau kita buat salah dia akan tegur supaya kita jadi betul. Orang yang asyik mengiakan tu, kadangkala ada udang di sebalik batu(eh,tak baik buruk sangka..)

Antara ciri sahabat yang berukhuwwah dengan kita kerana Allah ialah dia selalu mendoakan kebaikan untuk kita, dia rela berkorban untuk kita,beri hadiah, prihatin, bermanis muka dan macam2 lagi. Pokoknya, adakah kita sudah jadi sahabat yang baik untuk kawan kita? Masa lawat pak cik Hafidzi dia ada share sikit tentang sahabat2 dia. Pak cik kata, dia ingatkan dia akan dialisis sampai Allah jemput dia tapi sahabat-sahabat seperjuangannya buat kutipan, tup tup duit yang dikumpulkan dah cukup untuk biaya pembedahan pak cik. Subhanallah, manisnya bila berukhuwwah kerana Dia. Haa, tulah kawan sebenar yang sanggup bersama masa susah dan senang.

Akhir kalam, orang yang tidak memiliki sahabat ialah orang yang rugi tapi orang yang mempunyai sahabat tapi tak menghargainya ialah orang yang paling rugi.


Salam ukhuwwah untuk semua...

patutnya post ni yang buat awal2 tapi takpe la

hmm, daie sebenarnya apa?
DAIE; perkataan ni sebenarnya berasal dari kalimah bahasa arab da'a yang maksudnya menyeru. Jadi, daie ni tugasnya menyeru orang pada kebenaran sebab memang itu tujuan Allah ciptakan kita di muka bumi ni, betul tak?


Perkataan yang berkaitan dengan daie ialah khalifah. Tugas daie ni sebenarnya merangkumi juga tugas khalifah.
Allah ada berfirman(24:55) yang bermaksud:

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan.

Jadi, khalifah dan daie ni memang diciptakan Allah untuk membawa kebaikan tidak kiralah pada diri, keluarga, masyarakat ataupun dunia. Sebenarnya nak buat baik ni bukan susah mana pun. Tak semestinya kena bagi ceramah atau kuliah baru dikira kita buat dakwah atau tugas penyeruan ni. La ni, kita boleh guna bermacam- macam cara untuk sampaikan kebaikan. Contohnya media seperti internet, radio, akhbar, majalan dan lain2.
Bagi ana, cerita macam Upin dan Ipin tu pun ok apa untuk didik masyarakat hayati nilai Islam dan nilai ketimuran. Lagipun, genre macam ni la yang orang suka nak tengok, anak-anak memang minat, mak ayah pulak tumpang sekaki. Sebab ini jugalah blog ni wujud.

Dakwah bukan satu pekerjaan tapi satu amanah yang Allah dah khaskan untuk kita, umat manusia. Ini la jalan yang kita harap sangat kita dapat tempuhi hingga ke penghujungnya sebab ni jugak jalan yangh pernah dilalui oleh nabi dan rasul terdahulu termasuklah kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w. Untuk orang yang boleh berfikir, memang ni la peluang yang ditunggu dan direbutkan.

Persoalannya, kenapa kita nak jadi PENYERU ek?
1.laksanakan kewajipan syarie
2.jalankan sunnah Rasul
3.dapat pahala yang berlipat ganda(if lillahi taala)
4.melahirkan orang2 yang hebat di muka bumi ni
5.meningkatkan iman dan taqwa
6.mengejar redha Allah
7.merasakan kemanisan ukhuwwah

dan banyak lagi...

Jadi, konklusinya kita kena cuba untuk sebarkan kebaikan di bumi Tuhan ni. Kita kena usaha pandu diri dan orang lain pada landasan yang Dia dah tetapkan. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat sebab kemampuan kita berbeza tapi ingat, kita semua ada keistimewaan yang boleh digunakan secara optimum untuk Islam.

Lastly, jom jadi daie anytime and anywhere.

Salam untuk semua.

Ni dah masuk minggu ketiga blog ni wujud tapi tak de pun postnya(sori ye).
Tengok blog kawan-kawan yang lain semuanya dah ter'update', jadi terpanggillah untuk tulis sedikit coretan. Walaupun dah lambat, tapi nak cerita jugak tentang pengalaman masa program indoor dan lain2 progam R2J4 supaya semua orang boleh dapat manfaatnya.

Ok, untuk kali ni nak cerita tentang rumah ana. Untuk program indoor ni, akhawat semuanya ada 25 orang dan dibahagikan kepada 2 rumah, satu yang dekat dan satu lagi yang jauuuuh
(tak la jauh mane). Ana pulak duduk di rumah yang jauh tu sepanjang 2 minggu kami dalam program indoor ni. Banyak sebenarnya benda best dalam rumah ni.

Walaupun kawan-kawan serumah ni dah kenal sejak sekolah lagi tapi kemanisan ukhuwwah tu rasa macam lebih istimewa. Paling suka masa makan ramai-ramai sebab semua orang makan sama-sama. Bila sampai je masa makan, semua tertunggu-tunggu orang yang ambil atau hantar (tunggu makanan, bukan orangnye) . Seronok dengar bunyi loceng sbb tu tandanya makanan dah sampai!!!

Berbalik pada cerita makan tadi, semua orang duduk dalam bulatan dan lepas baca doa, baru makan. Yang sorang tolong pas makanan, lagi sorang tolang buat air pastu ada pulak yang tolong tuangkan. Memang nampak macam biasa tapi ana rasa seronok. Rasa macam lagi dekat dengan kawan-kawan time makan ni. Masa ni la terbukak cerita macam-macam yang buat kita lebih mengenali kawan kita. Memang betullah, kalau kita nak kenal kawan kita, kita mesti makan bersama.

Alang-alang tengah cakap pasal makan, nak selitkan sikit isi tazkirah yang disampaikan oleh Akh Irfan Masiri..

Antara yang ana dapat dari penyampaian tu:


Adab sebelum makan 1. mesti basuh tangan untuk hilangkan segala macam kuman 2. duduk mengikut cara Rasulullah 3. niat, kita makan hanya kerana Allah supaya makan pun kita dapat pahala. lagipun bila dah makan, kita dapat tenaga nak bekerja dan beramal soleh
4. makan bersederhana (1/3 air, 1/3 udara, 1/3 makanan)

Adab masa makan 1.baca basmallah + doa 2. ambil makanan yang dekat dulu
3.makan dengan 3 jari 4.kecilkan suapan + kunyah elok2 5.Jangan mencerca makanan 6.Jangan tiup makanan 7.masa minum pulak, hirup dan bukannya meneguk

Adab lepas makan
1.berhenti sebelum kenyang 2.menjilat jari
3. ucap syukur dan pujian pada Allah + baca doa

Subhanallah, dalam Islam ni benda yang kecik-kecik pun diajarkan. Jadi, tugas kita sekarang ialah try untuk amalkan adab-adab makan ni.
Ingat, "makan untuk hidup bukan hidup untuk makan"

p/s: untuk kawan-kawan ana; ana SAYANG korang semua...
In the Name of Allah.. the Most Gracious, the Most Merciful..

So..here we are..in front of the computer...completely BLUR!! Hmm..let's think...

Have you ever wondered who you are? Why ALLAH created you? Out of billions of people, why you were picked to spread THE TRUTH? Maybe we don't know why, but we CAN know who we want to be..

Rasulullah once said:

Fortunate those who see me and believe in me, but...

FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and
FORTUNATE and FORTUNATE...

those who BELIEVE in me but do not SEE me..


You see, even THE PROPHET acknowledges us. But sadly nowadays, with the modern technologies we get carried away. We don't realize that we are THE BEST UMMAH, THE MOST FORTUNATE!

Who are those fortunate ones that Rasullah acknowledged 7 times?

Those who BELIEVE in him but do not SEE him (that's us). They apply his Sunnah in their daily lives and are proud to do so. They sheild themselves from sins and do righteous deeds. It is hard, but we can always try. All Allah asks from us is to do our best. We can start from the simpliest things like saying Bismillah before we do anything. With time, this builds up and we are on our way in becoming these FORTUNATE ones..



So....

CAN WE BE THEM???

Insha-Allah, let us all pray that we.....

CAN BE THEM!