Pages

Bismillah.
Semalam, kemas bilik sekemas-kemasnya. Sebab apa? Nak pergi U dah ni. So, kenalah packing. Bila dah mengemas ni, jumpalah pelbagai khazanah nagara dalam almari dan yg paling banyak ialah buku2 nota lama dari form 1 dulu sampai form 5. Ada la dalam 15 buku. Hmm,rasa macam nak buang je tapi nanti sayang pulak nota dalam tu. So, terfikirlah utk tulis balik dan post dlm blog, nanti buku tu boleh recycle...
Nantikan ye!!

p/s:Kami dah nak berangkat ke u, ada yg dah pon. doakan kami dan kita sama2 thabat atas jalan yg benar...
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”


Tak ada manusia yang terlahir sempurna, semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam perjalanan hidup yang panjang sebelum kita menuju matlamat akhir iaitu akhirat, kita tak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Kita ini sekadar manusia biasa, bukan nabi yang sentiasa meningkat imannya, atau malaikat yang istiqamah takwanya tapi minta dijauhkan dari menjadi orang yang imannya sentiasa menurun sahaja. Hati kita ini senang sahaja berubah, berbolak-balik bahkan lebih dari air yang sedang mendidih atas api. Memang diakui iman ini ada masa naik dan ada juga masa turun tapi kita kena letak satu garisan supaya kita tak kecundang. Soalnya kalau iman dan jatuh merudum nanti susah nak mendaki balik.

So, kalau kita ada buat kesilapan dan dosa sebaiknya kita mohon ampun. Tak kisahlah sama ada kesalahan pada Allah atau pada kawan-kawan kita, emak dan ayah bahkan sesiapa sahaja. “Taubat” dalam bahasa Arab bererti “kembali”. Dalam konteks Islam, Taubat adalah menjauhi apa yang Allah SWT larang kemudian kembali melakukan apa yang Allah SWT perintahkan.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” [ 2:222]

Ini menunjukkan betapa gembiranya Allah terhadap taubat hamba-hambanya. Juga, nabi Muhammad (saw) memberikan ilustrasi betapa besar kebahagiaan Allah terhadap taubat kita. Dalam sebuah hadis beliau saw, mengatakan:“Kebahagian Allah dengan taubat hamba-Nya lebih besar dari kebahagian seseorang yang menemukan kembali untanya yang penuh dengan barang-barang setelah hilang di padang tandus.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Cuba anda bayangkan, betapa gembiranya anda jika tiba-tiba anda menemukan kembali semua barang-barang anda yang hilang. Namun kegembiraan Allah lebih besar dikala mendapati hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya. Dan jika, manusia tiada lagi bertaubat kepada Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan kaum lain yang bertaubah kepada-Nya. Jadi sombonglah kita kalau bila membuat kesalahan kita tak mohon keampunan.

Kadang kala, kita fikir apa yang kita lakukan itu adalah sangat-sangat hingga mustahil bagi Allah mengampuninya, tapi ternyata kita salah kerana keampunan Allah itu sangat luas bagi hambanya yang mahu bertaubat.

Jangan pernah berputus asa:

Seseorang mungkin berkata,”Aku ingin bertaubat namun dosaku terlalu banyak.”Allah menjawab kalimat tersebut didalam Al Quran:“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[ 39:53]

Namun disebalik itu semua, hal yang terpenting ialah kita jangan berputus asa terhadap rahmat Allah.Kita usahakan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi.Taubat adalah ibadah yang amat besar nilainya dan akan menghapus dosa-dosa kita. Pengampunan atas dosa-dosa kita adalah bukan sesuatu yang datang dengan sendirinya, namun sesuatu yang harus dicari dengan kerendahan hati dan dengan kesedaran. Tiada dosa yang terlalu besar untuk kembali bertaubat atau terlalu kecil. “Janganlah menganggap remeh dosamu, namun ingatlah kebesaran dari Tuhan yang telah engkau langgari perintah-Nya.”(al Baihaqi ‘Sh’abul Iman’ (5/430).

***

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar” [4: 40]

Belajar elok-elok dari cik tebu ni


Salam mesra alam...

Hmm, hari ni nak cerita sikit tentang.... TEBU
Apa itu tebu?
Tebu ni sebenarnya keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan cecair tu. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India, maksudnya dah lama manusia manfaatkan tebu ni. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam (tapi macam tak pernah nampak kat Malaysia nih yang kaler hitam).

Ok, biasanya tebu ni tumbuh dan membiak di kawasan yang kering. Tak macam kebanyakan pokok lain, contohnya padi yang sangat perlu pada kondisi tanah yang berair setiap masa. Fizikal tebu, macam yang dah tertulis kat atas tadi, batangnya sangatlah plain dan sederhana tapi still batangnya yang lurus tu ada manfaatnya sebab dalam tu ada sari gula. Tebu juga sangat tahan pada ujian seperti kadar cahaya dan cuaca, kalau cuaca tu berubah sikit-sikit tak jadi masalah besar, masih boleh teruskan hidup. Lagi satu, tebu ni matang bermula pada yang dasar, paling hampir dengan akar. bahagian yang matang ni pula sememangnya lebih manis dan sedap. Bahagian yang matang ini juga akan mematangkan bahagian yang lain, yang muda-muda la dan tak pula bahagian yang matang ni merosakkan bahagian lain. Tebu ni ada banyak kegunaan, untruk buat gula, air, makanan berkhasiat untuk lembu, bahan api dan macam-macam lagi.

Jadi, apa yang boleh kita belajar dari cik tebu?

1) Jangan jadi cerewet, tapi cuba syukuri setiap apa yang ada. Jadikan halangan sebagai cabaran bukannya ancaman.
2)Sederhana dalam segalanya.
3)Berilah manfaat pada orang lain sebab hidup ni untuk memberi.
4)Kita perlu jalankan amanah untuk perbaiki diri dan orang lain. Kita kena cuba bentuk masyarakat, terutama generasi baru dan bukan hancurkan generasi baru ni dengan budaya tak islami.
5)Rupa luaran bukan ukuran utama, yang penting hati sebab hati ni adalah raja badan.

Lastly, dalam setiap apa yang kita jalani dalam hidup ni kita ambil sebagai pengajaran.
Tiada apa yang Allah cipta di dunia adalah sia-sia.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" 3:190

Wallahualam
Salam untuk semua
......
......
.....
.....
......

Sepi, sepi dan sepi
Blog ni dah lama menyepi.
Tak ada post baru pun, takde cerita tentang kembara ke Jawa ataupun cerita-cerita lain...
Duduk di rumah memang sangat berbeza berbanding masa ikut program R2J dulu.
Sepi dan rindu pada kawan-kawan, pada orang-orang Jawa...
Tapi terubat sikit bila tetap dapat jumpa dan berhubung
Jumpa kat sekolah, jumpa masa ambil result, jumpa time usrah, jumpa time meeting..
Boleh sms, facebook,mail,call (dunia kan dah maju)
Hati pun rasa sepi, tengah mencari kekuatan baru untuk hidupkan ia kembali.
Sebab rasa sangatlah rugi kehidupan orang yang sepi ni, terutama hidup yang sepi oleh sebab tak ingat Tuhan dan tak sempurnakan tugas sebagai hambaNya..

Ya Allah, bantulah hambamu ini menghilangkan kesepian.
Paling rasa takut kalau hidup sepi dari rahmat dan keredhaan Allah. Sebabnya, rahmat dan redha Allah tu adalah cahaya dalam kegelapan...
Saat ini sedang sangat mencuba mengubati kesepian ini.
Alhamdulillah, ada teman, famili yang sentiasa membantu, beri sinar harapan..
Moga aja kesepian ini hilang segera, tak apa sepi hanya sementara.
Sepi itu satu ujian dan harus cuba untuk atasinya.
Dalam kesepian ini, tiba-tiba pulak teringat lagu ni..

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Allah pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Hilanglah sepi dan datanglah cahaya
Aku berharap pada cahayaMu,
setiap masa dan ketika....


Ukhuwwah ialah harta dunia
yang berkekalan hingga akhirat jika didasari iman


Bismillah, moga terselit keberkatan dalam post ni.

Teringat masa sekolah dulu2, bangun pagi, gosok gigi guna kodomo lion and so on sampailah menjejakkan kaki kat sekolah. Rasanya orang yang kita jumpa dulu ialah kawan kita, lepas kita terserempak dgn pak guard kat pondok jaga tu la. Memang hari-hari kita dikelilingi oleh manusia yang pelbagai ragam dan yang bestnya kalau manusia tu ialah kawan kita. Boleh ajak sembang, belajar sama2, belanja kita makan, memang seronok la!

Tapi kawan tu macam mana eh? Ada orang kata kawan tu ialah orang yang selalu support kita, orang lain pulak kata kawan tu orang yang selalu dengan kita tapi tapi sahabat yang sebenar ialah yang berani membetulkan kita. Kalau kita buat baik, dia akan sokong dan kalau kita buat salah dia akan tegur supaya kita jadi betul. Orang yang asyik mengiakan tu, kadangkala ada udang di sebalik batu(eh,tak baik buruk sangka..)

Antara ciri sahabat yang berukhuwwah dengan kita kerana Allah ialah dia selalu mendoakan kebaikan untuk kita, dia rela berkorban untuk kita,beri hadiah, prihatin, bermanis muka dan macam2 lagi. Pokoknya, adakah kita sudah jadi sahabat yang baik untuk kawan kita? Masa lawat pak cik Hafidzi dia ada share sikit tentang sahabat2 dia. Pak cik kata, dia ingatkan dia akan dialisis sampai Allah jemput dia tapi sahabat-sahabat seperjuangannya buat kutipan, tup tup duit yang dikumpulkan dah cukup untuk biaya pembedahan pak cik. Subhanallah, manisnya bila berukhuwwah kerana Dia. Haa, tulah kawan sebenar yang sanggup bersama masa susah dan senang.

Akhir kalam, orang yang tidak memiliki sahabat ialah orang yang rugi tapi orang yang mempunyai sahabat tapi tak menghargainya ialah orang yang paling rugi.


Salam ukhuwwah untuk semua...

patutnya post ni yang buat awal2 tapi takpe la

hmm, daie sebenarnya apa?
DAIE; perkataan ni sebenarnya berasal dari kalimah bahasa arab da'a yang maksudnya menyeru. Jadi, daie ni tugasnya menyeru orang pada kebenaran sebab memang itu tujuan Allah ciptakan kita di muka bumi ni, betul tak?


Perkataan yang berkaitan dengan daie ialah khalifah. Tugas daie ni sebenarnya merangkumi juga tugas khalifah.
Allah ada berfirman(24:55) yang bermaksud:

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan.

Jadi, khalifah dan daie ni memang diciptakan Allah untuk membawa kebaikan tidak kiralah pada diri, keluarga, masyarakat ataupun dunia. Sebenarnya nak buat baik ni bukan susah mana pun. Tak semestinya kena bagi ceramah atau kuliah baru dikira kita buat dakwah atau tugas penyeruan ni. La ni, kita boleh guna bermacam- macam cara untuk sampaikan kebaikan. Contohnya media seperti internet, radio, akhbar, majalan dan lain2.
Bagi ana, cerita macam Upin dan Ipin tu pun ok apa untuk didik masyarakat hayati nilai Islam dan nilai ketimuran. Lagipun, genre macam ni la yang orang suka nak tengok, anak-anak memang minat, mak ayah pulak tumpang sekaki. Sebab ini jugalah blog ni wujud.

Dakwah bukan satu pekerjaan tapi satu amanah yang Allah dah khaskan untuk kita, umat manusia. Ini la jalan yang kita harap sangat kita dapat tempuhi hingga ke penghujungnya sebab ni jugak jalan yangh pernah dilalui oleh nabi dan rasul terdahulu termasuklah kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w. Untuk orang yang boleh berfikir, memang ni la peluang yang ditunggu dan direbutkan.

Persoalannya, kenapa kita nak jadi PENYERU ek?
1.laksanakan kewajipan syarie
2.jalankan sunnah Rasul
3.dapat pahala yang berlipat ganda(if lillahi taala)
4.melahirkan orang2 yang hebat di muka bumi ni
5.meningkatkan iman dan taqwa
6.mengejar redha Allah
7.merasakan kemanisan ukhuwwah

dan banyak lagi...

Jadi, konklusinya kita kena cuba untuk sebarkan kebaikan di bumi Tuhan ni. Kita kena usaha pandu diri dan orang lain pada landasan yang Dia dah tetapkan. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat sebab kemampuan kita berbeza tapi ingat, kita semua ada keistimewaan yang boleh digunakan secara optimum untuk Islam.

Lastly, jom jadi daie anytime and anywhere.

Salam untuk semua.

Ni dah masuk minggu ketiga blog ni wujud tapi tak de pun postnya(sori ye).
Tengok blog kawan-kawan yang lain semuanya dah ter'update', jadi terpanggillah untuk tulis sedikit coretan. Walaupun dah lambat, tapi nak cerita jugak tentang pengalaman masa program indoor dan lain2 progam R2J4 supaya semua orang boleh dapat manfaatnya.

Ok, untuk kali ni nak cerita tentang rumah ana. Untuk program indoor ni, akhawat semuanya ada 25 orang dan dibahagikan kepada 2 rumah, satu yang dekat dan satu lagi yang jauuuuh
(tak la jauh mane). Ana pulak duduk di rumah yang jauh tu sepanjang 2 minggu kami dalam program indoor ni. Banyak sebenarnya benda best dalam rumah ni.

Walaupun kawan-kawan serumah ni dah kenal sejak sekolah lagi tapi kemanisan ukhuwwah tu rasa macam lebih istimewa. Paling suka masa makan ramai-ramai sebab semua orang makan sama-sama. Bila sampai je masa makan, semua tertunggu-tunggu orang yang ambil atau hantar (tunggu makanan, bukan orangnye) . Seronok dengar bunyi loceng sbb tu tandanya makanan dah sampai!!!

Berbalik pada cerita makan tadi, semua orang duduk dalam bulatan dan lepas baca doa, baru makan. Yang sorang tolong pas makanan, lagi sorang tolang buat air pastu ada pulak yang tolong tuangkan. Memang nampak macam biasa tapi ana rasa seronok. Rasa macam lagi dekat dengan kawan-kawan time makan ni. Masa ni la terbukak cerita macam-macam yang buat kita lebih mengenali kawan kita. Memang betullah, kalau kita nak kenal kawan kita, kita mesti makan bersama.

Alang-alang tengah cakap pasal makan, nak selitkan sikit isi tazkirah yang disampaikan oleh Akh Irfan Masiri..

Antara yang ana dapat dari penyampaian tu:


Adab sebelum makan 1. mesti basuh tangan untuk hilangkan segala macam kuman 2. duduk mengikut cara Rasulullah 3. niat, kita makan hanya kerana Allah supaya makan pun kita dapat pahala. lagipun bila dah makan, kita dapat tenaga nak bekerja dan beramal soleh
4. makan bersederhana (1/3 air, 1/3 udara, 1/3 makanan)

Adab masa makan 1.baca basmallah + doa 2. ambil makanan yang dekat dulu
3.makan dengan 3 jari 4.kecilkan suapan + kunyah elok2 5.Jangan mencerca makanan 6.Jangan tiup makanan 7.masa minum pulak, hirup dan bukannya meneguk

Adab lepas makan
1.berhenti sebelum kenyang 2.menjilat jari
3. ucap syukur dan pujian pada Allah + baca doa

Subhanallah, dalam Islam ni benda yang kecik-kecik pun diajarkan. Jadi, tugas kita sekarang ialah try untuk amalkan adab-adab makan ni.
Ingat, "makan untuk hidup bukan hidup untuk makan"

p/s: untuk kawan-kawan ana; ana SAYANG korang semua...
In the Name of Allah.. the Most Gracious, the Most Merciful..

So..here we are..in front of the computer...completely BLUR!! Hmm..let's think...

Have you ever wondered who you are? Why ALLAH created you? Out of billions of people, why you were picked to spread THE TRUTH? Maybe we don't know why, but we CAN know who we want to be..

Rasulullah once said:

Fortunate those who see me and believe in me, but...

FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and FORTUNATE and
FORTUNATE and FORTUNATE...

those who BELIEVE in me but do not SEE me..


You see, even THE PROPHET acknowledges us. But sadly nowadays, with the modern technologies we get carried away. We don't realize that we are THE BEST UMMAH, THE MOST FORTUNATE!

Who are those fortunate ones that Rasullah acknowledged 7 times?

Those who BELIEVE in him but do not SEE him (that's us). They apply his Sunnah in their daily lives and are proud to do so. They sheild themselves from sins and do righteous deeds. It is hard, but we can always try. All Allah asks from us is to do our best. We can start from the simpliest things like saying Bismillah before we do anything. With time, this builds up and we are on our way in becoming these FORTUNATE ones..



So....

CAN WE BE THEM???

Insha-Allah, let us all pray that we.....

CAN BE THEM!