Salam mesra alam...
Hmm, hari ni nak cerita sikit tentang.... TEBU
Apa itu tebu?
Tebu ni sebenarnya keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan cecair tu. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India, maksudnya dah lama manusia manfaatkan tebu ni. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam (tapi macam tak pernah nampak kat Malaysia nih yang kaler hitam).
Ok, biasanya tebu ni tumbuh dan membiak di kawasan yang kering. Tak macam kebanyakan pokok lain, contohnya padi yang sangat perlu pada kondisi tanah yang berair setiap masa. Fizikal tebu, macam yang dah tertulis kat atas tadi, batangnya sangatlah plain dan sederhana tapi still batangnya yang lurus tu ada manfaatnya sebab dalam tu ada sari gula. Tebu juga sangat tahan pada ujian seperti kadar cahaya dan cuaca, kalau cuaca tu berubah sikit-sikit tak jadi masalah besar, masih boleh teruskan hidup. Lagi satu, tebu ni matang bermula pada yang dasar, paling hampir dengan akar. bahagian yang matang ni pula sememangnya lebih manis dan sedap. Bahagian yang matang ini juga akan mematangkan bahagian yang lain, yang muda-muda la dan tak pula bahagian yang matang ni merosakkan bahagian lain. Tebu ni ada banyak kegunaan, untruk buat gula, air, makanan berkhasiat untuk lembu, bahan api dan macam-macam lagi.
Jadi, apa yang boleh kita belajar dari cik tebu?
1) Jangan jadi cerewet, tapi cuba syukuri setiap apa yang ada. Jadikan halangan sebagai cabaran bukannya ancaman.
2)Sederhana dalam segalanya.
3)Berilah manfaat pada orang lain sebab hidup ni untuk memberi.
4)Kita perlu jalankan amanah untuk perbaiki diri dan orang lain. Kita kena cuba bentuk masyarakat, terutama generasi baru dan bukan hancurkan generasi baru ni dengan budaya tak islami.
5)Rupa luaran bukan ukuran utama, yang penting hati sebab hati ni adalah raja badan.
Lastly, dalam setiap apa yang kita jalani dalam hidup ni kita ambil sebagai pengajaran.
Tiada apa yang Allah cipta di dunia adalah sia-sia.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal" 3:190
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment