Salam untuk semua.
Ni dah masuk minggu ketiga blog ni wujud tapi tak de pun postnya(sori ye).
Tengok blog kawan-kawan yang lain semuanya dah ter'update', jadi terpanggillah untuk tulis sedikit coretan. Walaupun dah lambat, tapi nak cerita jugak tentang pengalaman masa program indoor dan lain2 progam R2J4 supaya semua orang boleh dapat manfaatnya.
Ok, untuk kali ni nak cerita tentang rumah ana. Untuk program indoor ni, akhawat semuanya ada 25 orang dan dibahagikan kepada 2 rumah, satu yang dekat dan satu lagi yang jauuuuh
(tak la jauh mane). Ana pulak duduk di rumah yang jauh tu sepanjang 2 minggu kami dalam program indoor ni. Banyak sebenarnya benda best dalam rumah ni.
Walaupun kawan-kawan serumah ni dah kenal sejak sekolah lagi tapi kemanisan ukhuwwah tu rasa macam lebih istimewa. Paling suka masa makan ramai-ramai sebab semua orang makan sama-sama. Bila sampai je masa makan, semua tertunggu-tunggu orang yang ambil atau hantar (tunggu makanan, bukan orangnye) . Seronok dengar bunyi loceng sbb tu tandanya makanan dah sampai!!!
Berbalik pada cerita makan tadi, semua orang duduk dalam bulatan dan lepas baca doa, baru makan. Yang sorang tolong pas makanan, lagi sorang tolang buat air pastu ada pulak yang tolong tuangkan. Memang nampak macam biasa tapi ana rasa seronok. Rasa macam lagi dekat dengan kawan-kawan time makan ni. Masa ni la terbukak cerita macam-macam yang buat kita lebih mengenali kawan kita. Memang betullah, kalau kita nak kenal kawan kita, kita mesti makan bersama.
Alang-alang tengah cakap pasal makan, nak selitkan sikit isi tazkirah yang disampaikan oleh Akh Irfan Masiri..
Antara yang ana dapat dari penyampaian tu:
Adab sebelum makan 1. mesti basuh tangan untuk hilangkan segala macam kuman 2. duduk mengikut cara Rasulullah 3. niat, kita makan hanya kerana Allah supaya makan pun kita dapat pahala. lagipun bila dah makan, kita dapat tenaga nak bekerja dan beramal soleh
4. makan bersederhana (1/3 air, 1/3 udara, 1/3 makanan)
Adab masa makan 1.baca basmallah + doa 2. ambil makanan yang dekat dulu
3.makan dengan 3 jari 4.kecilkan suapan + kunyah elok2 5.Jangan mencerca makanan 6.Jangan tiup makanan 7.masa minum pulak, hirup dan bukannya meneguk
Adab lepas makan 1.berhenti sebelum kenyang 2.menjilat jari
3. ucap syukur dan pujian pada Allah + baca doa
Subhanallah, dalam Islam ni benda yang kecik-kecik pun diajarkan. Jadi, tugas kita sekarang ialah try untuk amalkan adab-adab makan ni.
Ingat, "makan untuk hidup bukan hidup untuk makan"
p/s: untuk kawan-kawan ana; ana SAYANG korang semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment