
Salam ukhuwwah untuk semua...
patutnya post ni yang buat awal2 tapi takpe la
hmm, daie sebenarnya apa?
DAIE; perkataan ni sebenarnya berasal dari kalimah bahasa arab da'a yang maksudnya menyeru. Jadi, daie ni tugasnya menyeru orang pada kebenaran sebab memang itu tujuan Allah ciptakan kita di muka bumi ni, betul tak?
Perkataan yang berkaitan dengan daie ialah khalifah. Tugas daie ni sebenarnya merangkumi juga tugas khalifah. Allah ada berfirman(24:55) yang bermaksud:
24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan.
Jadi, khalifah dan daie ni memang diciptakan Allah untuk membawa kebaikan tidak kiralah pada diri, keluarga, masyarakat ataupun dunia. Sebenarnya nak buat baik ni bukan susah mana pun. Tak semestinya kena bagi ceramah atau kuliah baru dikira kita buat dakwah atau tugas penyeruan ni. La ni, kita boleh guna bermacam- macam cara untuk sampaikan kebaikan. Contohnya media seperti internet, radio, akhbar, majalan dan lain2.
Bagi ana, cerita macam Upin dan Ipin tu pun ok apa untuk didik masyarakat hayati nilai Islam dan nilai ketimuran. Lagipun, genre macam ni la yang orang suka nak tengok, anak-anak memang minat, mak ayah pulak tumpang sekaki. Sebab ini jugalah blog ni wujud.
Dakwah bukan satu pekerjaan tapi satu amanah yang Allah dah khaskan untuk kita, umat manusia. Ini la jalan yang kita harap sangat kita dapat tempuhi hingga ke penghujungnya sebab ni jugak jalan yangh pernah dilalui oleh nabi dan rasul terdahulu termasuklah kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w. Untuk orang yang boleh berfikir, memang ni la peluang yang ditunggu dan direbutkan.
Persoalannya, kenapa kita nak jadi PENYERU ek?
1.laksanakan kewajipan syarie
2.jalankan sunnah Rasul
3.dapat pahala yang berlipat ganda(if lillahi taala)
4.melahirkan orang2 yang hebat di muka bumi ni
5.meningkatkan iman dan taqwa
6.mengejar redha Allah
7.merasakan kemanisan ukhuwwah
dan banyak lagi...
Jadi, konklusinya kita kena cuba untuk sebarkan kebaikan di bumi Tuhan ni. Kita kena usaha pandu diri dan orang lain pada landasan yang Dia dah tetapkan. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat sebab kemampuan kita berbeza tapi ingat, kita semua ada keistimewaan yang boleh digunakan secara optimum untuk Islam.
Lastly, jom jadi daie anytime and anywhere.
0 comments:
Post a Comment